Brexit: Britain diberi tempoh sehingga 12 April depan

Iklan
May (tengah) ketika menghadiri sidang kemuncak EU yang memfokuskan isu Brexit di Brussels, semalam. - Foto: AFP

BRUSSELS - BELGIUM. Pemimpin Kesatuan Eropah (EU), semalam memberi tempoh penangguhan dua minggu sehingga 12 April depan kepada Britain untuk 'memujuk' Parlimen bersetuju dengan perjanjian Brexit yang dicapai Perdana Menteri, Theresa May dengan Brussels sebelum ini.

"12 April adalah tarikh bagi Britain untuk memutuskan sama ada akan menyertai Pilihan Raya Parlimen Eropah," kata Presiden Majlis EU, Donald Tusk.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan selama lapan jam antara May dan 27 wakil blok tersebut yang bersetuju untuk menangguhkan langkah Britain untuk keluar dari EU sehingga 22 Mei ini jika mendapat persetujuan Parlimen pada minggu depan.

Ahli Parlimen Britain dijangka mengundi untuk kali ketiga berhubung perjanjian Brexit tersebut selepas ia ditolak beberapa kali sebelum ini.

Iklan
Iklan

Perjanjian baharu itu menandakan langkah Brexit tidak lagi berkuatkuasa pada 29 Mac ini, namun Britain masih boleh meninggalkan blok tersebut tanpa sebarang perjanjian jika ia tidak diluluskan Parlimen Britain menjelang 12 April depan. - Agensi