PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pada Rabu menafikan kesahihan pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa di https://www.sistemguruonline.my/2022/04/permohonan-laptop-tablet-1.htm.
Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, laman web tersebut adalah laman web tidak rasmi individu dan bukan daripada saluran rasmi kementerian.