KPDNHEP, MAFI pastikan isu harga ayam tidak berlarutan

Iklan
Rosol. Foto Bernama

SEPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan isu kenaikan harga ayam tidak berlarutan sehingga menjelang hari raya.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, beliau terkejut dengan perkembangan terkini apabila beberapa negeri dilaporkan masih mengalami kekurangan bekalan ayam dan telur, sedangkan MAFI sudah beri jaminan bekalan tidak akan terjejas sepanjang Ramadan.

Iklan
Iklan

"Saya juga bimbang isu ini akan berterusan sehingga menjelang hari raya, jadi kita akan pantau dan mengadakan sesi libat urus berterusan dengan MAFI sebagai pihak yang menjaga bekalan makanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ops Pantau Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana, Puchong di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan di semua peringkat, melibatkan daripada pengeluar ayam dari ladang ternakan sehingga kepada pengguna.

Iklan

"Kalau didapati ada peningkatan (di mana-mana peringkat), kita akan pertimbangkan sama ada untuk menghantar surat saman atau kompaun (kepada pihak terbabit)," katanya. - Bernama

Iklan