Ramadan pentas terbaik perkukuh integriti

Iklan
Nurhayati (dua dari kanan) dan Hussamuddin (empat dari kanan) bergambar bersama pada Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters di Kumpulan Karangkraf.

SHAH ALAM - Ramadan adalah pentas terbaik untuk menahan diri daripada melakukan sebarang perbuatan yang dilarang agama, selain memperkukuhkan integriti daripada terjebak dengan gejala rasuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, atas dasar itu juga, pihaknya terus mengadakan interaksi bersama rakan gabungan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebanyak lapan sesi Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters telah dirangka sepanjang sepanjang Ramadan ini.

"Sebenarnya sepanjang Ramadan ini Rasuah Busters juga mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan gabungan, maknanya kita memperkukuhkan kolaborasi bersama dan jalinan ini kita teruskan sekali pun berada di bulan Ramadan.

Iklan

"Ini kerana bulan ini adalah bulan di mana kita menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik dan ia menjadi peluang juga kepada kita semua memperkukuhkan kekuatan dalaman serta mengeratkan hubungan sesama kita.

"Kami percaya bahawa input yang kami akan perolehi daripada lapan sesi bersama dengan rakan gabungan sepanjang Ramadan ini menjadi satu titik lanjutan untuk kita meneruskan perjuangan misi jihad menentang rasuah ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Temu Mesra Rakan Gabungan #RasuahBusters di Kumpulan Karangkraf di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pasukan Teras Rasuah Busters merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata, dengan ketahanan diri dan integriti tinggi yang dipupuk sepanjang bulan Ramadan ini akan menjadi pendinding terbaik untuk mendepani cabaran yang mendatang.

"Seharusnya kita mengambil momentum Ramadan ini supaya apa sahaja program yang akan kita laksanakan selepas ini dapat dibuat dengan lebih mendalam serta dapat menjadi pegangan dan memberi kekuatan untuk kita semua menentang rasuah di peringkat diri, keluarga, organisasi dan negara seluruhnya.

"Ia juga dipanggil sebagai detik integriti di mana saat kita semua refleksi integriti dalam diri, organisasi untuk kita kongsikan bersama rakan gabungan yang lain supaya ia menjadi satu kekuatan dan motivasi untuk kita terus melangkah ke depan,” ujarnya.

Tambahnya, usaha mengekang dan membanteras rasuah secara habis-habisan perlu dilaksanakan secara berterusan dengan turut mendapat sokongan semua pihak.