Kritik 'ketidakpastian' Eropah terhadap sekatan ke atas Rusia

Iklan
Volodymyr Zelenskyy. Foto AFP

KIEV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Rabu mengkritik ‘ketidakpastian’ Eropah dalam mengenakan sekatan terhadap Rusia dan mahu sekatan lebih ketat dikenakan ke atas Moscow.

Beliau mendakwa Rusia menyasarkan sektor pertanian Ukraine dan menjadikan kelaparan sebagai senjata.

Iklan
Iklan

"Depoh simpanan bahan api baharu kami telah diserang Rusia. Mereka juga telah menyekat semua pelabuhan kita termasuk kargo pertanian untuk dieksport," kata Zelenskyy ketika berucap di Parlimen Ireland, lapor Agensi Anadolu.

Ukraine adalah pengeksport utama bahan makanan seperti gandum, jagung, dan minyak bunga matahari.

Iklan

Menurutnya Ukraine adalah antara negara pembekal makanan terkemuka di dunia dan banyak negara negara akan mengalami kekurangan makanan - yang boleh menyebabkan berjuta-juta orang kelaparan, terutamanya di Afrika Utara.

Rusia juga telah memusnahkan infrastruktur Ukraine dan"sengaja" mencetuskan kenaikan harga makanan.

Iklan

Sehubungan itu, Zelenskyy menggesa agar sekatan lebih ketat dikenakan terhadap Rusia.

Konflik Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari, telah menimbulkan kemarahan antarabangsa, dengan negara-negara Barat dan sekutu mereka melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow. - Bernama