'Keputusan seri adil...'

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Sarawak United menentang Penang FC di Stadium Negeri. - Foto Sarawak United FC Official

PENGENDALI Sarawak United, B Sathianathan memuji karakter dipamerkan para pemainnya yang telah berjuang sedaya upaya untuk bangkit mengikat Penang FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri.

"Keputusan seri adalah adil walaupun saya rasa kami patut menang namun semangat pemain perlu dipuji.

Iklan
Iklan

"Kita harus sedar Penang merupakan sebuah pasukan yang kuat, mereka berada di tempat ketiga pada musim lalu dan pemain saya telah berjaya berikan saingan.

"Saya mahu terima kasih kepada para penyokong yang hadir dan harap dapat diteruskan semasa berdepan Sabah FC, pemain sentiasa memerlukan sokongan para peminat bagi menaikkan semula maruah pasukan,” katanya.

Iklan
Iklan

Dalam aksi di Kuching tersebut, angkatan Tomas Trucha terlebih dulu di depan hasil jaringan Casagrande meledak jaringan pendahuluan pada minit-73 sebelum Boris Kok menyelamatkan maruah Sarawak, 10 minit kemudian dengan gol penyamaan.