Celcom tambah baik kesalinghubungan digital di Sabah

Iklan
Idham (tiga dari kanan) bersama pegurusan Celcom pada pelancaran Kempen 'Pasang Terus' yang diadakan baru-baru ini. (Gambar kecil: Idham)

Celcom memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pelaburan rangkaian perbelanjaan modal (Capex) untuk Sabah dan Sarawak

SHAH ALAM - Celcom Axiata Berhad (Celcom) menambah baik kesalinghubungan digital di Sabah menerusi inisiatif ‘Pasang Terus’ yang inovatif serta terkini, pelanggan Celcom di Sabah dapat menikmati kesalinghubungan dengan pemasangan internet Celcom Home Fibre pada hari yang sama.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, inisiatif Celcom ‘Pasang Terus’ secara eksklusif ini membolehkan pelanggan di kawasan terpilih di Sabah untuk nikmati pemasangan Celcom Home Fibre pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu.

Iklan
Iklan

"Kesemua pelan Celcom Home Fibre boleh digabungkan dengan pelan pascabayar Celcom Xpax, menawarkan kesalinghubungan terbaik dengan internet fiber dan peranti mudah alih pada harga berpatutan iaitu RM119.

"Pelan Celcom Home Fibre menawarkan pelanggan di Sabah dengan Internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 1Gbps (terdapat di beberapa kawasan terpilih di Sabah) hanya pada RM229 sebulan,”jelas kenyataan itu pada Isnin.

Iklan

Selain itu, pelanggan Celcom Home Fibre juga dapat menikmati kelajuan internet sehingga 200Mbps pada harga RM120 sebulan dan ditawarkan Router AX percuma, Wi-Fi Mesh percuma serta rebat bil sehingga tiga bulan dengan pelan terpilih.

Menurut kenyataan itu, Celcom telah memperuntukkan lebih RM200 juta bagi kerja penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Iklan

"Kerja-kerja bagi penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuk peningkatan liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom, serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB).

"Sehingga akhir tahun 2021, penggunaan data di Sabah dan Sarawak juga meningkat sebanyak 31 peratus dan 34 peratus berbanding pada akhir tahun 2020,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Idham Nawawi berkata, pelanggan di Sabah kini boleh menikmati tawaran konvergen eksklusif Celcom yang disertakan dengan pelan peranti mudah alih dan Home Fibre yang berpatutan.

Menurutnya, pelanggan dapat ‘Pasang Terus’ pelan Celcom Home Fibre dan nikmati kesalinghubungan internet fiber pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu pada waktu yang berbeza.

"Dengan pelan Celcom Home Fibre dan pelan konvergen kami, pelanggan Sabah dapat kekal berhubung bagi sebarang tujuan penggunaan digital, sama ada untuk bekerja, permainan, penstriman video dan pembelajaran, semuanya pada hari yang sama.

"Selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (Jendela) serta kerjasama dengan pihak industri, kami amat mementingkan penambahbaikan buat rangkaian kami di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelancaran rangkaian baharu, Celcom menyasarkan untuk meningkatkan liputan populasi 4G LTE kepada 85 peratus untuk Sabah manakala 92 peratus untuk Sarawak menjelang akhir tahun 2022.

"Penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuklah memodenkan perkhidmatan rangkaian kami dengan menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 16T16R multiple-input dan multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.

"Dengan penambahbaikan tersebut, bersama – sama dengan rangkaian teras khusus untuk Sabah dan Sarawak, ia bertujuan untuk memberi pengalaman yang lebih baik untuk semua pengguna Celcom,” katanya.