Tun M, Imran saksi upacara pecah tanah kilang Proton

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersama rakan sejawatannya Imran Khan ketika sidang media bersama selepas mengadakan mesyuarat empat mata di kediaman rasmi Perdana Menteri Pakistan. - Foto Bernama

ISLAMABAD - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan pada Jumaat menyaksikan upacara simbolik pecah tanah bagi kilang pemasangan pembuatan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton, di negara itu.

Kilang pemasangan itu akan dibina berdekatan dengan Karachi, wilayah Sindh dan akan menjadi kilang pertama Proton di rantau Asia Selatan.

Iklan
Iklan

Kedua-dua perdana menteri juga menyaksikan permeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Pakistan.

Syarikat-syarikat yang terlibat ialah Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Pakistan Mobile Communication Limited & Deodar Pvt. Ltd; Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Telenor Pakistan Limited; dan Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan CMPAK Limited (Zong).

Iklan

Terdahulu, Dr Mahathir dan Imran menghadiri mesyuarat meja bulat ketua-ketua industri dari Malaysia dan Pakistan.

Dr Mahathir berada di sini sempena lawatan kerja selama tiga hari ke Pakistan bermula Khamis. - Bernama

Iklan