Maut dilanggar van sekolah

Iklan
Mangsa maut kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

GEORGETOWN - Seorang murid Tahun Satu maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya di Paya Terubong petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, Ngoh Zhoo Han, 7 disahkan meninggal dunia kerana parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa yang menaiki van sekolah tersebut telah berlari ke hadapan van setelah pemandu kenderaan berkenaan menurunkan murid sekolah di kawasan terbabit.

"Kemalangan berlaku apabila van itu mengambil murid di sebuah sekolah lalu menuju ke Tingkat Paya Terubong untuk menurunkan murid-murid berkenaan. Salah seorang murid yang turun pada waktu itu adalah mangsa.

Iklan

"Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba berlari di hadapan van menyebabkan pemandunya gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh pemandu van dan bapa mangsa namun dia disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan HPP pada jam 1.40 petang," katanya kepada media tadi.

Iklan

Tambahnya, bedah siasat yang dijalankan pada jam 5 petang tadi mendapati mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kerana kemalangan.

"Siasatan telah dijalankan ke atas pemandu van berusia 57 tahun tersebut mendapati, dia mempunyai lesen memandu. Dia dilepaskan setelah keterangan diambil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.