KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.
Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut pada Khamis, Ismail Sabri berkata, diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.