Wanita mengamuk guna galah sabit ditahan

Iklan
Polis menahan seorang wanita berusia 52 tahun selepas dia dipercayai mengamuk menggunakan galah panjang berhulukan sabit di Kampung Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh pada Rabu. (Gambar kecil: Zaizul Rizal)

PASIR PUTEH - Polis menahan seorang wanita berusia 52 tahun selepas dia dipercayai mengamuk menggunakan galah panjang berhulukan sabit di Kampung Bukit Merbau, Selising di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintanden Zaizul Rizal Zakaria berkata, wanita berkenaan berjaya ditahan bersama senjata yang digunakan pada jam 11.30 malam di rumahnya.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal wanita berkenaan mengaku membawa galah yang diikat dengan sabit untuk membuang dahan pokok yang ada di sepanjang jalan kampung serta untuk mengambil ulam.

"Sebelum itu, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.15 petang daripada penduduk kampung yang mengatakan seorang wanita berjalan kaki sambil memegang parang panjang telah mendatangkan ketakutan terhadap orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, bertindak atas maklumat anggota polis telah ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.

Beliau berkata, wanita berkenaan bagaimanapun telah bertindak melarikan diri bersama senjata.

Iklan

Zaizul Rizal berkata, suspek tinggal bersendirian di rumahnya setelah kematian suami sejak dua tahun lalu.

Katanya, berdasarkan keadaan suspek yang berkelakuan tidak menentu dia telah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.