JOHOR BAHRU- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pembantu pegawai sebuah agensi bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.
Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira pada jam 12.30 tengah hari Khamis selepas hadir memberikan keterangan.