Pelampau kulit putih berhaluan kanan dalam 'radar'

Iklan
Mike Pezzullo

CANBERRA - AUSTRALIA . Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Mike Pezzullo, semalam beri amaran kepada pelampau kulit putih berhaluan kanan yang tinggal di negara itu bahawa mereka kini diperhatikan pihak berkuasa.

Amaran tegas itu dikeluarkan seminggu selepas insiden serangan berdarah di Christchurch yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Iklan
Iklan

"Anda berada dalam 'radar' kami dan tidak akan dapat menghasut permusuhan kaum. Pengawasan ke atas mereka akan dipertingkatkan," tegasnya yang turut mengecam kejadian pembunuhan kejam ke atas orang Islam.

Pezzullo bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang golongan radikal haluan kanan di negara itu.

Iklan

"Jabatan ini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Risikan Keselamatan Australia (ASIO), Polis Persekutuan Australia (AFP) dan agensi lain untuk membantu rakan kami di New Zealand dalam melakukan siasatan ke atas tragedi berdarah tersebut," ujarnya.

Minggu lalu, pengganas warga Australia, Brenton Tarrant, 28, telah berdepan tuduhan membunuh dan perbicaraan ke atasnya dijadualkan bersambung semula pada 5 April depan. - Straits Times

Iklan