Sukan SEA: Vietnam hantar 965 atlet

Iklan

VIETNAM akan menghantar kontinjen seramai 965 atlet ke Sukan SEA Hanoi 2021 yang berlangsung pada Mei depan dengan menyaksikan sejumlah 40 acara sukan dipertandingkan pada temasya itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Vietnam yang tampil dengan reputasi tuan rumah menyasarkan memenangi 140 pingat emas, 77 perak dan 71 gangsa selain akan memastikan untuk berada di tempat teratas dalam senarai pungutan pingat.

Iklan
Iklan

Sukan SEA edisi ke-31 bertemakan For a Stronger South East Asia, akan diadakan di bandar raya Hanoi dan 11 wilayah bermula 12 hingga 23 Mei depan dijangka menarik kira-kira 10,000 peserta.

Acara dwitahunan itu pada mulanya dijadualkan pada akhir 2021 tetapi ditangguhkan akibat pandemik. - Bernama

Iklan
Iklan