Skuad futsal janji lebih garang di Sukan SEA

Iklan
Skuad futsal negara yang beraksi di Kejuaraan Futsal AFF baru-baru ini. FOTO: Football Association of Malaysia

SKUAD futsal negara kini menumpukan perhatian kepada Sukan SEA Hanoi bulan depan dan menjanjikan aksi yang lebih baik selepas gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF baru-baru ini.

Skuad bimbingan Chiew Chun Yong menyasarkan sekurang-kurangnya pingat gangsa pada sukan serantau dwitahunan itu yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.

Iklan
Iklan

"Walaupun kami tidak dapat mara dengan lebih jauh dalam kejohanan ini kerana masa latihan singkat dan tanpa pendedahan antarabangsa, prestasi pemain semakin bertambah baik perlawanan demi perlawanan.

"Saya amat kecewa (Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir). Bagaimanapun saya tidak boleh menyalahkan pemain, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Iklan

"Persiapan mereka hanya dalam masa singkat. Justeru, adalah tidak adil jika kami tidak memberikan masa yang mencukupi untuk kejohanan besar,” katanya pada Khamis.

Kedudukan Kumpulan A

Chun Yong yang membimbing skuad negara untuk memperoleh pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berkata, skuad negara dapat menyesuaikan diri dengan baik perlawanan antarabangsa pertama mereka menentang Kemboja, dengan kemenangan 7-6 Sabtu lepas.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Pasukan Futsal Malaysia, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, skuad negara perlu bekerja keras dan menumpukan kepada Sukan SEA di Vietnam nanti selepas gagal mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir kejohanan AFF itu.

"Kami akan bertemu Thailand lagi bulan depan dan kami akan buktikan.

"Saya mendapati pasukan ini kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa dan pendedahan. Sehubungan itu, kita merancang untuk pergi ke Hanoi lebih awal dan mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan di sana nanti,” katanya.

Harapan skuad negara mara ke separuh akhir punah selepas tewas 2-4 kepada tuan rumah Thailand semalam. Malaysia juga tewas kepada Indonesia 1-5 dan menewaskan Brunei 10-0 untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan A dan mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.

Thailand berada di tangga teratas kumpulan berdasarkan jaringan gol dengan Indonesia. Kedua-dua pasukan masing-masing mengumpul 10 mata dan akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir esok. - Bernama