Malaysia Airlines perluas kerjasama dengan Amadeus

Iklan

MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) memperluas kerjasamanya dengan Amadeus IT Group untuk meningkatkan pengalaman pelanggannya.

Kerjasama pelbagai tahun itu akan menyaksikan syarikat penerbangan nasional Malaysia mengguna pakai Keupayaan Pengedaran Baharu Altéa (NDC), Pengalaman Rujukan, Hab Risikan Dinamik dan memperbaharui kontrak Sistem Perkhidmatan Penumpang Amadeus Altéa.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan bersama hari ini, katanya syarikat penerbangan itu juga telah memperbaharui dan memperluas kerjasama pengedaran kandungan udara pelbagai tahunnya.

Di bawah kerjasama yang diperbaharui itu, tidak lama lagi peruncit pelancongan akan dapat mengakses rangkaian penuh kandungan diupayakan NDC Malaysia Airlines dengan fungsi perkhidmatan penuh melalui integrasi Altéa NDC yang lancar.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB Izham Ismail berkata syarikat penerbangan telah mengambil langkah di landasan yang tepat dalam mengguna pakai NDC berikutan memodenkan peruncitan syarikat penerbangan adalah penting untuk seluruh komuniti perjalanan perniagaan.

"Dengan penyelesaian teknologi baharu daripada Amadeus selain Sistem Perkhidmatan Penumpang, kami dapat menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dengan membenarkan pelanggan menyesuaikan perjalanan mereka kepada tahap baharu, sekali gus merealisasikan matlamat kami untuk menjadi kumpulan Perkhidmatan Penerbangan dan Perjalanan Terkemuka di Asia,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Greater China dan Asia Tenggara Amadeus, Glen Oliveiro berkata, sumber terbuka, sistem berasaskan awan dan keupayaan peruncitan generasi akan datang akan menjadi pemulihan kuasa enjin.

"Kami amat gembira untuk bekerjasama dengan MAB dalam mewujudkan perjalanan yang lebih lancar untuk pelanggannya, menggunakan teknologi yang inovatif,” katanya. - Bernama