Elak pembaziran makanan pada bulan Ramadan

Iklan
Bazar Ramadan antara penyumbang peningkatan makanan. - Foto Bernama

SETIAP kali tiba Ramadan pasti akan kedengaran isu pembaziran atau lebihan makanan. Tahun ini tidak terkecuali kerana bazar Ramadan kembali dibenarkan beroperasi.

Bazar Ramadan antara penyumbang peningkatan makanan kerana sikap orang kita yang suka membeli makanan melebihi apa yang mampu dimakan ketika berbuka puasa.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan juga sama. Memang suka membeli makanan di bazar Ramadan terutama setelah mengetahui gerai mana menjual makanan yang sedap. Masalahnya, Merak Jalanan cenderung untuk membeli makanan sampingan yang lain.

Ia berlaku disebabkan nafsu makan lebih tinggi ketika berpuasa. Tapi itu dahulu kerana sekarang Merak Jalanan sudah tahu mengawal makanan ketika berbuka puasa.

Iklan

Tahun ini Merak Jalanan gemar mendapatkan makanan menerusi agihan secara percuma oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhampiran, sekali gus menjimatkan kos berbuka puasa dan mengurangkan pembaziran. Anda juga boleh berbuat demikian kerana sudah banyak pihak memberikan makanan secara percuma untuk orang berpuasa.

Tempat kerja Merak Jalanan juga menyediakan makanan berbuka puasa secara percuma menerusi Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang bermula Isnin lalu sehingga 29 April ini.

Iklan

Program diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Merak Jalanan harap lebih ramai syarikat, NGO atau orang perseorangan tampil memberikan makanan secara percuma supaya dapat mendidik orang ramai agar tidak membazir.

Satu lagi perbezaan ketara tahun ini, disebabkan makanan secara sederhana, Merak Jalanan tiada masalah untuk solat fardu sampai tarawih, malah lebih semangat. Semoga Merak Jalanan istiqamah mengelak pembaziran dan lebihan makanan ketika berbuka puasa.