Kelar anak kerana cemburu

Iklan
Wanita terbabit dilaporkan pernah dirawat di pusat kesihatan mental.

KIEV - UKRAINE. Gara-gara cemburu, seorang wanita di Ukraine bertindak mengelar leher anak perempuannya berusia tiga minggu.

Ibu muda berusia 21 tahun itu melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di bandar Rivne ketika suaminya keluar dari rumah selama beberapa minit untuk membuang sampah.

Iklan
Iklan

Apabila lelaki berusia 26 tahun itu kembali ke rumah mereka, tangan isterinya dilihat berlumuran darah.

Dia segera memasuki bilik tidur untuk melihat keadaan anak mereka, namun lelaki itu terkejut apabila melihat bayi terbabit sudah tidak bernyawa lagi.

Iklan

Ibu mertua wanita itu, Maria Momot berkata, menantunya dipercayai cemburu kerana anak lelakinya didakwa memberi perhatian yang lebih kepada bayi mereka.

Sementara itu, jurucakap polis, Anton Kruk memberitahu, wanita tersebut tidak dapat menjelaskan apa yang telah dilakukannya malah dia tidak dapat mengingati apa-apa pada hari kejadian.

Iklan

"Suspek dilaporkan mengalami meningoencephalitis atau radang otak pada November lalu yang memberi kesan kepada kesihatan mentalnya. Dia pernah dirawat di pusat kesihatan mental dan dibenarkan keluar dari kemudahan itu pada 3 Mac lalu selepas melahirkan bayinya. Doktor yakin dia telah pulih," ujarnya.

Difahamkan, wanita terbabit akan menjalani pemeriksaan psikiatri dan jika didapati sihat, dia boleh didakwa atas kesalahan membunuh dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah. - Daily Mail