McDonald’s Malaysia rai sambutan Hari Polis Ke-215

Iklan
McDonald’s Malaysia mendedikasikan bulan Mac bagi menghargai jasa pasukan polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu dan ketika.

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia telah mendedikasikan sepanjang bulan Mac bagi menyantuni lebih daripada 17,000 anggota polis dari balai-balai polis berdekatan menerusi 320 buah restoran McDonald’s di seluruh negara sempena sambutan Hari Polis Ke-215.

Bagi menghargai jasa pasukan polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira waktu dan ketika, kru McDonald’s hadir menyajikan hidangan McDonald’s di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Alor Setar, Kedah; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuantan, Pahang; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Kinabalu, Sabah.

Iklan
Iklan

McDonald’s Malaysia telah menyajikan hidangan McDonald’s di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Alor Setar pada 25 Mac.

Iklan
Ini merupakan salah satu cara McDonald’s menghargai komitmen dan dedikasi anggota polis demi keamanan negara dan masyarakat, khususnya pada hari yang istimewa dan bermakna buat mereka.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, anggota polis adalah antara barisan hadapan negara yang memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara pada setiap masa.

"Ini merupakan salah satu cara kami menghargai komitmen dan dedikasi mereka demi keamanan negara dan masyarakat, khususnya pada hari yang istimewa dan bermakna buat mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Iklan

McDonald’s Malaysia telah menyantuni lebih daripada 17,000 anggota polis dari balai-balai polis berdekatan dengan 320 buah restoran McDonald’s di seluruh negara.

Inisiatif ini merupakan salah satu daripada Program Komuniti McDonald’s Malaysia & RMHC bagi menghargai dan menyumbang semula kepada anggota masyarakat di sekitar lokasi mereka beroperasi.

Setiap tahun, lebih daripada 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Inisiatif ini merupakan salah satu daripada Program Komuniti McDonald’s Malaysia & RMHC bagi menghargai dan menyumbang semula kepada anggota masyarakat.

Sehingga kini, lebih daripada satu setengah juta pek makanan telah disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Sempena bulan Ramadan ini, McDonald’s bakal menyumbang jamuan moreh kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan restoran McDonald’s dan beberapa program lain.