Pemandu 'tanker' tular guna lorong kecemasan disaman

Iklan
Pemandu lori tular memandu di lorong kecemasan berjaya dikesan dan dikenakan tindakan oleh pihak polis

SEPANG - Polis berjaya mengesan seorang pemandu lori tangki membawa muatan minyak diesel yang tular menggunakan lorong kecemasan di Jalan Kota Warisan-Cyberjaya di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesan video berdurasi lapan saat tular di Facebook pada Khamis memaparkan kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ekoran daripada itu, semakan nombor pendaftaran lori itu melalui mcops mendapati kenderaan itu milik sebuah syarikat yang beralamat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemandu tersebut mengaku bersalah ketika disoal siasat dan memberi kerjasama kepada pihak polis.

"Pemandu lori berkenaan telah dapat dihubungi dan tampil memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, hasil soal siasat, pemandu lori terbabit telah mengaku bahawa dia adalah pelaku di dalam video tular tersebut.

Katanya, pemandu berkenaan didapati tidak mempunyai jenayah rekod lampau dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Iklan

"Polis telah mengeluarkan saman Pol 257 (saman bersemuka) terhadap pemandu berkenaan kerana melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dan sitaan kenderaan dilakukan," ujarnya.