Dua maut, seorang hilang helikopter pengawal pantai terhempas

Iklan
Operasi mencari di luar Pulau Mara sedang dijalankan pada hari Jumaat. Foto Coast Guard

INCHEON/JEJU - Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai terhempas di perairan pulau Mara, Korea Selatan pada Jumaat, menyebabkan dua maut dan seorang lagi hilang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Helikopter Sikorsky S-92 membawa empat kru sebelum terhempas di perairan 370 kilometer barat daya Pulau Mara pada 1.32 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang terkorban termasuk dua pembantu juruterbang, dikenali Chung, 51, dan Hwang, 28, manakala seorang mekanik, Cha, 42, dikhuatiri hilang.

Seorang lagi juruterbang Choi, 47, berjaya diselamatkan bot peronda dan dilaporkan selamat, menurut pegawai.

Iklan

Nahas berlaku ketika helikopter itu dalam perjalanan pulang ke Busan selepas terlibat dalam operasi menyelamat di perairan berhampiran Taiwan. - Bernama

Iklan