Bodo/Glimt kecewakan AS Roma lagi

Iklan
Saltnes meraikan jaringan bersama pemain Bodo/Glimt ketika berdepan AS Roma. Foto: Reuters
KELAB Norway, Bodo/Glimt sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada jagoan gergasi Serie A, AS Roma apabila bangkit menjinakkan gergasi Serie A tersebut 2-1 pada suku akhir pertama Liga Konferensi di Stadium Aspmyra pada Jumaat.

Skuad kendalian Kjetil Knutsen yang mengejutkan AS Roma pimpinan Jose Mourinho dengan kemenangan 6-1 pada peringkat kumpulan sebelum ini bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan babak pertama hasil jaringan Lorenzo Pellegrini pada minit ke-43.

Namun tuan rumah kemudian bangkit apabila Ulrik Saltnes menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sebelum Hugo Vetlesen memastikan jaringan minit ke-89, sebagai bekalan satu gol mengiringi Bodo/Glimt untuk aksi timbal balik kedua di Stadium Olimpico pada 15 April ini.

Anak buah Mourinho sebelum itu berpeluang mendahului pelawat, namun usaha Pellegrini dibatalkan kerana ofsaid selain percubaan

Eldor Shomurodov melewati palang.

Sementara itu, Mourinho mengakui tidak terkesan dengan kekalahan tersebut kerana percaya kelab Itali berkenaan tetap merupakan pilihan ke suku akhir.

"Kami sememangnya tidak layak kalah, dan sebenarnya ia bukan satu kekalahan.

"Ia lebih kepada aksi separuh masa yang kami tewas 2-1 dan kami masih mempunyai separuh masa kedua di stadium yang akan penuh dengan para penyokong Roma.

"Jadi saya tidak mempunyai masalah untuk mengatakan Roma masih pilihan untuk ke separuh akhir," katanya.

KEPUTUSAN

Suku Akhir Pertama

Feyenoord 3-3 Slavia Praha

Bodø/Glimt 2-1 AS Roma

Marseille 2-1 PAOK

Leicester City 0-0 PSV Eindhoven