Pelita Buluh

Iklan
Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 38, bersama isteri dan anak-anaknya melihat suasana keindahan waktu malam dengan memasang pelita buluh ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merchang.

Kerinduannya terhadap nostalgia Ramadan pada zaman kanak-kanak menyebabkan seorang pemandu lori mengambil inisiatif membuat sendiri pelita buluh untuk dijual kepada pelanggan bagi menggantikan penggunaan lampu kelip-kelip selain menambahkan seri di kawasan sekitar rumah.

Bapa kepada dua anak itu berkata harga pelita buluh yang dijualnya adalah yang paling murah di Malaysia setakat ini iaitu RM10 sebatang (tanpa kaki) dan RM13 sebatang (dengan kaki). Selain itu, niat Azmizan adalah memperkenalkan semula tradisi lama nenek moyang kita kepada generasi muda zaman sekarang. - Foto Bernama