Sultan Selangor berkenan sertai bacaan Yasin, tahlil

Iklan
Sultan Sharafuddin Idris (kiri) bersama anakandanya, Tengku Amir Shah berkenan mengikuti Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Khamis.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengikuti Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Khamis.

Majlis yang berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di sini turut dihadiri Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Iklan
Iklan

Hadir sama ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga Sultan Selangor kelapan mangkat pada 5 Ramadan 1422 Hijrah bersamaan 21 November 2001 dan dimakamkan di Makam Diraja Klang.

Iklan

Antara jemputan yang turut hadir ialah anakanda-anakanda almarhum antaranya, Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj, Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Al-Haj serta Orang-Orang Besar Istana.

Iklan