KUALA LUMPUR - Perhimpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace yang berlangsung di Dataran Merdeka dengan membawa mesej bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan menolak sebarang bentuk keganasan bermula seawal pagi ini.
Para peserta yang hadir ke Himpunan itu seawal jam 6:40 pagi, mengenakan baju berwarna putih sebagai simbolik menolak perbuatan keganasan.
Perhimpuanan aman ini diadakan berikutan tragedi berdarah serangan pengganas di dua masjid berasingan di Chrischurch, New Zealand, Jumaat, 15 Mac lepas.
8:20 pagi: Para peserta Himpunan mula memenuhi pekarangan Dataran Merdeka.
8:26 pagi: Wakil semua Ketua Agama hadir untuk menzahirkan penolakan terhadap keganasan.
8:30 pagi: Para peserta mempamerkan plakad simbol menolak keganasan.
9:50 pagi: Suasana sekitar Himpunan.
10 pagi: Himpunan tamat