MOSCOW - Lebih 100 serangan terhadap kemudahan kesihatan di Ukraine direkodkan sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Februari lalu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Lebih 100 serangan menyasarkan kemudahan kesihatan hingga meragut 73 nyawa dan mencederakan 51 yang lain setakat ini," menurut WHO dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Iklan
Daripada 103 serangan, 89 menyasarkan kemudahan kesihatan dan 13 pengangkutan perubatan, termasuk ambulans, menurut WHO.
"Serangan terhadap kemudahan kesihatan secara berterusan menimbulkan kemarahan kami. Perbuatan itu melanggar undang-undang antarabangsa," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Beliau juga menggesa Rusia menghentikan operasi ketenteraan di Ukraine serta-merta. - Bernama