SIK - Kerajaan digesa membaiki segera kerosakan sumber air akibat pembalakan Bukit Enggang.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, penggondolan hutan dan penanaman semula spesis pokok albizia menyebabkan air di kawasan tersebut kotor dan keruh.
"Penduduk terpaksa menggunakan air yang kotor untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
"Ini menyulitkan urusan seharian penduduk seperti membasuh dan memasak memerlukan air yang bersih," katanya.
Beliau berkata, mengikut perbincangan bersama pihak berkaitan, penanaman spesis pokok albizia di Hutan Simpan Bukit Enggang dilakukan setelah masalah air penduduk kampung yang terlibat selesai.
"Namun penanaman pokok albizia akan menyebabkan sumber air penduduk kampung tercemar dan kotor dengan segala jenis baja dan racun yang digunakan," katanya.
Beliau berkata, dalam Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, kerajaan diminta menyatakan langkah memulihkan alam sekitar namun belum ada jawapan serta tindakan yang tuntas.
"Saya telah meminta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan apakah langkah kerajaan untuk memulihkan alam sekitar dan ekosistem yang rosak akibat pembalakan dan penebangan hutan yang berleluasa.
"Ia meliputi Hutan Simpan Bukit Enggang, Rimba Teloi Sik serta jajaran Hutan Simpan Ulu Muda yang menjadi tadahan air untuk penduduk Kedah dan Pulau Pinang.
"Namun masih belum ada sebarang jawapan daripada Menteri dan tindakan tuntas dari kerajaan," katanya.
Tarmizi berkata, Adun Belantek, Mohd Isa Shafie juga melontarkan pertanyaan kepada Kerajaan Kedah dalam Sidang Dun lalu mengenai penggondolan hutan di Bukit Enggan.
"Mukhriz telah menjelaskan secara panjang lebar.
"Justeru itu, saya bersama Adun Belantek menuntut kerajaan mengambil langkah serius dalam menangani kerosakan sumber air di Bukit Enggang supaya penduduk dapat menikmati air bersih seperti sebelum pembalakan dimulakan," katanya.
Tarmizi berkata, atas semangat Malaysia Baharu yang sering diwar-warkan, beliau mengharapkan pembelaan sewajarnya kepada penduduk yang terlibat supaya mereka dapat kembali menikmati air bersih.