Perjanjian praperkahwinan anak David Beckham bernilai RM16 juta

Iklan
Brooklyn dan Nicola akan berkahwin pada 9 April ini. - Instagram/Brooklyn Beckham

ANAK sulung David dan Victoria Beckham, Brooklyn dan tunangnya, pelakon Nicola Peltz, dilaporkan telah menandatangani perjanjian praperkahwinan bernilai 3 juta pound (RM16 juta), menjelang majlis perkahwinan mereka, esok.

Ia merupakan sebahagian daripada persiapan perkahwinan pasangan itu yang akan berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida.

Iklan
Iklan

Mail Online melaporkan perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).

Namun kekayaan keluarga Beckham disifatkan 'kerdil' berbanding yang dimiliki Peltz.

Iklan

Peltz merupakan anak perempuan Nelson Peltz, seorang ahli perniagaan yang dilaporkan memiliki aset bernilai lebih 1.3 bilion pound (RM7 bilion).

Putera Harry dan isteri, Meghan Markle disebut-sebut antara tetamu yang bakal hadir dalam majlis perkahwinan itu.

Iklan

David dan Victoria berkawan rapat dengan Harry dan Meghan, malah turut menghadiri majlis perkahwinan mereka di Istana Windsor pada 2018. - Awani