Kumpul ikan-ikan kecil demi sesuap nasi

Iklan
Reymark gigih mencari rezeki demi keluarganya.

MANILA - FILIPINA. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi demi membantu nenek dan datuknya.

Reymark Caversirano akan keluar awal pagi setiap hujung minggu untuk ke Manila Bay dengan rakit diperbuat dari barangan terbuang untuk menyeberangi sungai.

Iklan
Iklan

Menurut laporan AFP, Reymark bekerja dengan mengambil upah mengutip ikan yang tersangkut di jala. Ikan-ikan kecil itu duit untuknya.

Reymark akan mengumpul ikan-ikan kecil sebelum dijual di daratan. Walaupun hasilnya tidak lumayan, tetapi dia mahu membeli makanan, ubatan untuk atuk dan neneknya.

Iklan

Walaupun hidup serba kekurangan, dia tidak pernah sekali mengeluh malah bersedia membantu keluarganya mencari nafkah pada usia muda.

Mereka hanya berteduh di sebuah pondok diperbuat daripada buluh dan plastik.

Iklan

Neneknya, Remedios Santos, 55, berkata, dia turut menghalang cucunya untuk bekerja kerana bimbang akan keselamatannya.

Reymark akan mengutip ikan-ikan kecil tersangkut di jala sebelum dijual.

"Saya pernah beritahu tugasnya bahaya tetapi dia menjawab 'Mama, tiada siapa yang bantu kita untuk teruskan hidup, jadi saya perlu lakukannya'," katanya.

Kata Reymark, dia berbuat demikian demi membalas jasa datuk dan neneknya.

"Saya mahu bekerja untuk membantu mereka, walau badan saya sakit-sakit kerana mengayuh tapi tak boleh berhenti. Saya perlu teruskan kerana kami perlu makan.

"Hasil tidak menentu, ada banyak ada juga sikit. Saya pernah menerima hasil 300 pesos ke 400 pesos (AS$6 hingga AS$8) (RM23 hingga RM24) sehari. Boleh la juga beli beras, beli ubat penyakit TB untuk atuk..." katanya.

Bercerita tentang hidup Reymark, dia mula bekerja di bot nelayan ketika usia 10 tahun selepas abangnya mengajar berenang.

"Saya akan berusaha mencari duit, dan akan tamatkan persekolahan agar dapat mengubah nasib keluarga ini," katanya.

Memetik CNN, walaupun, Filipina mengalami penurunan warga miskin dalam beberapa tahun terakhir, sejak 2005 sampai 2013 dan tingkat kemiskinan turun dari 17 peratus menjadi 12 peratus.

Namun negara itu menyumbang lebih 350 juta dari 649 juta orang sekali gus antara penyumbang paling besar golongan miskin dalam ASEAN.

Dalam pada itu, negara anggota ASEAN mengakui perlu melakukan langkah-langkah serius untuk melakukan program pemberantasan kemiskinan di kawasan sehingga mereka bisa mencapai sasaran visi ASEAN 2025.