Derbi Borneo: Sarawak United intai kejutan ke atas Sabah

Iklan
Pemain Sarawak United - Foto Sarawak United FC Official

PRESTASI dan kualiti dimiliki pemain Sabah FC dalam saingan Liga Super menjadikan The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee itu pasukan pilihan apabila berkunjung ke Stadium Negeri, Kuching menentang Sarawak United dalam Derbi Borneo pada Ahad ini.

Malah menurut pengendali Sarawak United, B Sathianathan, kekuatan dimiliki Sabah merupakan satu perkara yang membimbangkannya dalam usaha Sarawak United meraih kemenangan sulung dalam pentas Liga Super.

Iklan
Iklan

Namun, berbekalkan semangat dan komitmen pemain, beliau tetap menaruh harapan agar Sarawak United mampu melakar kejutan dalam pertembungan Derbi Borneo.

"Sabah ada kualiti pemain yang punyai pengalaman bermain di peringkat kebangsaan malah mereka sedang lalui prestasi terbaik dalam dua perlawanan lalu.

Iklan

"Malah dengan kehadiran pemain seperti Amri Yahyah serta sebahagian besar pemain yang pernah bekerja dengan Datuk Ong Kim Swee, saya memang nampak Sabah ada kualiti tersendiri di Liga Super.

"Banding dengan Sarawak United, kami baru kembali ke Liga Super pada musim ini malah sebahagian besar pemain kami hanya ada pengalaman di Liga Premier,” ujar

Iklan

Bagaimanapun jelas Sathianathan, percaya para pemain Sarawak United mampu mengejutkan setiap lawannya termasuk Sabah sekiranya berada pada hari terbaik berbekalkan semangat dan kerja keras dari pemain,

"Dari tiga perlawanan lalu, saya berpuas hati dengan komitmen pemain yang telah beri sedaya upaya serta corak permainan menghiburkan dan apa yang kena kami perbaiki adalah melunaskan peluang yang terhidang,” katanya.

Sarawak berjaya meraih mata pertama pada perlawanan ketiga Liga Super selepas bangkit untuk mengikat Penang FC, 1-1 selepas tewas dalam dua perlawanan awal.

Naib juara Liga Premier musim lalu itu mengekalkan sebahagian besar pemain dari musim lain dengan membawa beberapa sahaja pemain baharu seperti Francis Kone, Gonzalo Soto, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri, Boris Kok dan Raja Imran Shah Raja Amin.

Berdepan Sabah, Sarawak United terus terpaksa melupakan khidmat tiga pemain berpengalaman terdiri daripada Amer Saidin, Christie Jayaseelan dan S Chanthuru yang belum cergas sepenuhnya.

Pada masa sama Sathianathan menegaskan matlamat Sarawak pada musim ini ialah untuk kekal dalam Liga Super, dan beliau sama sekali tidak gusar dengan prestasi semasa pasukan di awal musim.

"Sarawak akan fokus dari satu ke satu perlawanan dan seperti mana saya katakan di awal musim, sasaran utama kami mahu kekal di Liga Super.

"Saya berbangga dapat memberikan ruang kepada pemain-pemain muda Sarawak seperti Norman Angkun yang telah diberikan ruang untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya.