Guardiola mahu kekal lebih lama bersama City

Iklan
Pep Guardiola

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menolak spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan jawatan sebagai ketua jurulatih Brazil.

Menurut Guardiola, dia kini gembira bersama City dan memberi bayangan mungkin akan menamatkan karier kejurulatihannya bersama kelab tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu dari mana khabar angin itu datang. Apa yang boleh saya katakan ketika ini adalah saya masih mempunyai kontrak bersama City.

"Saya gembira untuk tinggal lebih lama bersama kelab ini. Malah kalau kelab mahu menyambung kontrak saya selama 10 tahun saya akan bersetuju.

Iklan

"Saya juga tidak tolak kemungkinan akan menghabiskan karier saya bersama City,” katanya.

Terdahulu Persatuan Bolasepak Brazil dikatakan sudah menyuarakan minat bagi mendapatkan Guardiola sebagai pengganti Tite yang sudah mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan jawatan itu selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.

Iklan

Difahamkan, Brazil dilaporkan bersedia membayar £10 juta (RM55.15 juta) setahun kepada bekas pengendali Barcelona itu untuk bergelar pengurus baharu mereka sekaligus mengetuai Selecao pada Copa America 2024 dan kekal hingga Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Untuk rekod, Guardiola yang mengendali City sejak 2016 masih mempunyai baki kontrak bersama The Citizens sehingga tahun 2023.