Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing mara ke perlawanan akhir

Iklan
Antara aksi Kian Meng-Pei Jing ketika menentang Rivaldy-Haningtyas Mentari pada peringkat separuh akhir Terbuka Korea.

PASANGAN beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan kemarau tiga tahun ke pentas final apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea 2022 sebentar tadi.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu berjaya menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan kemenangan ‘straight set’ 21-13,22-20 dalam tempoh masa 46 minit.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, kali terakhir Kian Meng-Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-10 dunia mara ke pentas final adalah ketika saingan Terbuka Singapura yang berlangsung pada 9 hingga 14 April 2019.

Menanti Kian Meng-Pei Jing di perlawanan akhir ialah pasangan tuan rumah yang juga pilihan keempat Ko Sung Hyun-Eom Hye Won selepas menewaskan rakan senegara Kim Wonho-Jeong Na Eun dengan kemenangan straight set 21-9,21-15 dalam pertarungan yang memakan masa 47 minit.

Iklan
Iklan