'Malaysia semakin rosak akibat rasuah berskala besar'

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan langkah lebih tegas dalam menangani isu rasuah yang semakin berleluasa dalam kalangan penjawat awam.

Anwar berkata, pendedahan beberapa kes rasuah kebelakangan ini menunjukkan Malaysia semakin rosak akibat budaya rasuah berskala besar.

Iklan
Iklan

"Ketika kes melibatkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes rampasan ratusan juta di Kota Kinabalu masih belum terungkai, kini muncul pula kes rasuah melibatkan lapan individu yang direman berhubung projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

"Ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah dan rakyat miskin serta golongan yang terpinggir hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, lapan individu direman di dua mahkamah berasingan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat GLC bernilai lebih RM2.3 bilion.

Enam daripadanya menjalani prosiding permohonan tahanan reman pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut Anwar berkata, kes-kes tersebut dilihat semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan dan undang-undang oleh pihak berwajib.