SHAH ALAM - Meriahkan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan menyertai Peraduan Beli dan Menang Duit Raya anjuran Alzara Foods Sdn Bhd dan Sinar Harian.
Orang ramai masih berpeluang menyertai peraduan yang bermula sejak 1 April lalu dan akan berakhir pada 22 April ini.
Pengurus Bahagian Pemasaran, Pengiklanan dan Promosi Alzara, Syed Zainul Alhady berkata, Ramadan dipilih kerana mengambil kira bulan tersebut sebagai masa terbaik untuk seisi keluarga berkumpul dan menikmati hidangan yang enak bersama-sama menggunakan produk Alzara.
"Sambil menikmati hidangan dengan aroma yang harum, anda boleh sertai peraduan dan berpeluang untuk menang wang tunai,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, pemenang-pemenang bertuah bakal memenangi hadiah duit raya berjumlah keseluruhan RM10,000 selain produk Alzara.
Sementara itu, katanya, cabutan untuk memilih pemenang akan dilakukan secara siaran langsung di Facebook Sinar Harian.Jelas beliau, pemenang akan ditentukan menerusi undian cabutan bertuah oleh juri yang terdiri daripada pihak Alzara dan Sinar Harian.
"Beli sekurang-kurangnya 1 kilogram (kg) Minyak Sapi Alzara, gunakannya untuk masakan anda dan rasai perbezaannya. Minyak Sapi Alzara, pastinya selera terangkat!
"Kemudian, gunakan resit pembelian 1kg itu untuk sertai Peraduan Beli dan Menang Duit Raya. Jom, meriahkan lagi raya tahun ini dengan menangi peraduan Alzara,” ujarnya.
Peraduan Beli dan Menang Duit Raya memerlukan peserta menjawab lima soalan mudah dalam akhbar Sinar Harian dan mencipta dua rangkap pantun yang kreatif.
Pembaca boleh mendapatkan borang penyertaan di akhbar Sinar Harian bermula 1 April sehingga 21 April 2022. Kemudian, kumpulkan tiga keratan kepala akhbar (masthead) Sinar Harian bersama resit pembelian 1kg Minyak Sapi Alzara.