Mengapa Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan tidak turut dipinda?

Iklan
Ciapan Azalina menerusi Twitter beliau pada Sabtu.

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan mengapa pindaan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan tidak dibuat ekoran pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 yang akan dilakukan pada sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan itu berkaitan kehilangan kelayakan seseorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, pindaan yang akan dibuat membabitkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan berpesatuan tanpa Undang-undang Anti Lompat Parti yang ditakrifkan dengan terperinci akan menjadikan perkara itu terlalu luas dan berbahaya.

"Undang-undang sebegitu juga kemudiannya boleh dicabar atas alasan Perlembagaan (Persekutuan).

Iklan

"Mengapa tidak turut dipinda Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan pada hari Isnin untuk mengelakkan potensi (berlaku) krisis Perlembagaan pada masa hadapan?," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan pembentangan dan pembahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 pada 11 dan 12 April ini membabitkan penggubalan punca kuasa (enabling clause) bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan RUU berhubung larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal di Parlimen.

Iklan