Kampung Tinusa 2 dikejutkan dengan hujan batu

Iklan
Hujan batu selama kira-kira 20 minit berlaku di Kampung Tinusa 2 dekat Sandakan pada petang Sabtu. - Foto Bernama

SANDAKAN - Fenomena luar biasa berlaku di sebuah perkampungan atas air, Kampung Tinusa 2 dekat sini apabila penduduk dikejutkan dengan hujan batu kurang setengah jam sebelum waktu berbuka puasa petang tadi.

Kejadian berlaku selama kira-kira 20 minit sekitar jam 5.50 petang tadi, ditambah pula dengan hujan lebat dan air kencang, kata Pemaju Mukim Sungai Sibuga, Osman Tiakok, yang juga penduduk kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

"Meskipun kampung ini sering mengalami cuaca hujan lebat dan angin kencang serta air pasang luar biasa berikutan kedudukan kampung yang terdedah kepada laut terbuka, namun hujan ais (batu) itu merupakan pertama kali dialami.

Tetapi Alhamdulillah, keadaan beransur pulih selepas hujan batu itu berserta angin kencang reda. Setakat ini, tiada laporan kerosakan rumah seperti zink atau bumbung terbang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Iklan

Osman berkata, penduduk kampung teruja melihat ketulan ais jatuh atas bumbung dan halaman luar rumah serta mengenai jendela kereta, sehingga pantas merakamkan kejadian itu.

Jabatan Meteorologi telah meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 malam ini di negeri Sabah. - Bernama

Iklan