United dimalukan Everton

Iklan
Gordon meraikan jaringannya ketika menentang Manchester United di Goodison Park sebentar tadi.

MANCHESTER United terus dirundung malang apabila tewas 0-1 kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan United berada di tangga ketujuh apabila kekal mengumpul 51 mata - tiga mata dibezakan dengan Tottenham Hotspur yang menduduki tangga keempat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Spurs berpeluang mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat dan menjarakkan diri daripada United sekiranya berjaya menewaskan Aston Villa tengah malam nanti.

Untuk rekod, United kini hanya mampu meraih satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir sekali gus menyebabkan mereka semakin terdesak menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik musim ini.

Iklan

Bagi Everton pula, kemenangan itu pasti melegakan tatkala mereka sedang berusaha untuk mengelakkan diri daripada menghuni zon penyingkiran.

Everton harus berterima kasih kepada pemain muda, Anthony Gordon yang meledak gol kemenangan apabila bola percubaannya terbias kapten United, Harry Maguire sebelum menerjah jaring pada minit ke-27.

Iklan

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford pula menjadi watak penyelamat apabila menafikan dua percubaan daripada Marcus Rashford selain mereka turut berjaya menghalang percubaan Cristiano Ronaldo pada hujung permainan.