Sembunyi 200 guni mercun bola dalam kebun getah

Iklan
Polis merampas 200 guni berisi mercun bola yang disembunyikan dalam kebun getah di Kampung Kubang Binjal, Pasir Mas pada Sabtu.

PASIR MAS - Polis merampas 200 guni berisi mercun bola yang disembunyikan dalam kebun getah di Kampung Kubang Binjal di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan mercun itu dilakukan semasa anggota dari Balai Bakong membuat rondaan bermotosikal di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semasa melakukan rondaan pada jam 8.30 malam, anggota bertugas melihat longgokan guni berwarna hijau di dalam kebun getah tersebut.

"Kesemua guni-guni itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bakong untuk pemeriksaan lanjut selepas menunggu selama 30 minit dan tidak ada individu yang datang membuat tuntutan.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut ke atas guni-guni itu membawa kepada penemuan mercun bola yang dianggarkan berjumlah RM3,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam kes berasingan, Mohd Nasaruddin berkata, anggota dari Balai Polis Jeram Perdah merampas 1,125 kilogram (kg) beras seludup dari negara jiran.

Iklan

"Rampasan itu dilakukan dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di kampung berkenaan," katanya.