Kelantan FC perkemas pertahanan berdepan Kuching City FC

Iklan
Barisan pemain Kelantan FC giat menjalani latihan di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan sebelum berlepas ke Sarawak untuk berdepan Kuching City FC. - FOTO: Ihsan TRW Kelantan FC

PENGENDALI Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya akan memperkemaskan benteng pertahanan The Red Warriors (TRW) untuk berdepan Kuching City FC pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Kuching pada Isnin.

Rezal Zambery berkata, jentera serangan lawan yang dilihat terlalu kuat memaksanya untuk menyediakan 'ramuan' ampuh untuk mengelakkan gawang golnya daripada dibolosi.

Iklan
Iklan

"Situasi itu berpandukan kepada hasil analisa yang dibuat menunjukkan pasukan lawan memiliki bahagian serangan yang cukup kuat," katanya.

Menurutnya, fokus utama TRW pada perlawanan itu adalah meraih mata penuh bagi memastikan slot ke Liga Super musim hadapan terus terjamin.

Iklan

Beliau berkata, TRW tidak boleh terus keciciran mata dan barisan pemain perlu fokus meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Rezal Zambery berkata, moral pemain TRW berada pada tahap terbaik meskipun menjalani ibadat puasa.

Iklan

Katanya, TRW sudah bersedia untuk berdepan Kuching City FC.

"Apa yang saya inginkan hanyalah pemain beraksi dengan penuh semangat dan menang," katanya.