Ahli Parlimen, menteri tiba sesi taklimat RUU Perlembagaan (Pindaan)

Iklan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hadir bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022.

PUTRAJAYA - Beberapa ahli Parlimen dan menteri kabinet mulai tiba bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Taklimat khas itu diadakan di Dewan Sri Endon, di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Antara menteri yang hadir Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Turut kelihatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Iklan

Turut sama barisan timbalan menteri antaranya Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Zailah Mohd; Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Shahar Abdullah.

Sementara itu, beberapa ahli Parlimen yang tiba adalah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini dilaporkan memberitahu, kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti.

Katanya, RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada mesyuarat khas Isnin ini, sebaliknya akan dihantar semula untuk kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’.