Undian pusingan pertama pilihan raya Presiden Perancis bermula

Iklan
Emmanuel Macron - Foto AFP

PARIS - Pusat mengundi di seluruh tanah besar Perancis dibuka kepada pengundi pada pukul 8 pagi waktu tempatan (1800GMT) untuk pusingan pertama pilihan raya penentu presiden.

Kebanyakan pusat mengundi akan ditutup pada pukul 7 malam waktu tempatan (1700GMT), kecuali di bandar-bandar besar seperti di Paris, Lyon, Bordeaux, Strasbourg, Nice dan Marseilles, yang akan dibuka sehingga 8 malam, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Hampir 48.7 juta pengundi berdaftar layak mengundi untuk memilih satu daripada 12 calon bertanding. Keputusan awal akan mula diketahui dari jam 8 malam selepas tamat waktu mengundi.

Dalam senario keputusan seri, yang jarang berlaku, dua calon teratas dengan undian terbanyak akan mara ke pusingan kedua yang akan diadakan pada 24 April.

Iklan

Kerajaan melonggarkan sekatan pandemik bagi memastikan penyertaan maksimum. Mereka yang disahkan positif dan menjadi kontak rapat seminggu sebelumnya boleh hadir mengundi dengan memakai pelitup muka.

Pas vaksin tidak diperlukan dan pemakaian pelitup muka juga tidak wajib namun digalakkan.

Iklan

Perdana Menteri, Jean Castex; Menteri Kewangan, Bruno le Maire; Datuk Bandar Paris dan calon sosialis Anne Hidalgo, bekas Presiden Nicolas Sarkozy dan bekas perdana menteri, Edouard Philippe adalah antara mereka yang sudah mengundi.

Tinjauan pendapat meramalkan Presiden Emmanuel Macron dari parti Republik yang memerintah, Marine Le Pen dari Barisan Nasional sayap kanan dan Jean-Luc Melenchon dari parti Unsubmissive Perancis berhaluan kiri sebagai tiga calon teratas dalam pusingan pertama. - Bernama