KEPUTUSAN seri 1-1 dilakar Penang FC ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super Sabtu lalu diharap menjadi pemangkin motivasi menjelang aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC, di Stadium Bandaraya pada 17 April ini.
Malah menurut pengendali Penang FC, Tomas Trucha, setakat ini prestasi dalam kalangan pemain boleh dibanggakan kerana Harimau Kumbang menunjukkan peningkatan walaupun tuah tidak menyebelahi tuan rumah dalam perlawanan berintensiti tinggi itu.
"Kita membariskan ramai pemain muda musim ini dan setakat seramai 12 pemain baharu daripada seramai 20 pemain berada dalam skuad utama.
"Bagaimanapun, daripada pandangan saya, perkembangan dan persembahan yang dipamerkan pemain juga semakini bertambah baik.
"Oleh itu, kami akan terus mara selain fokus kepada latihan dalam usaha mengubah nasib pasukan kami. Aksi menentang KDAFC nanti bakal menyaksikan formasi dan gaya permainan yang berbeza daripada kami,” katanya sejurus tamat perlawanan.
Pada aksi berkenaan, penyerang import Haria Penang Haria, Hilal El-Helwe dan penyerang Hoben Jang Hoben, Zaquan Adha Abd Radzak masing-masing meledak jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-33 dan minit ke-39 babak pertama.
Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan FC, K Devan menyifatkan kebanyakan para pemain Rusa tidak menunjukkan tahap yang sama seperti dua perlawanan sebelum ini.
"Secara keseluruhannya, bagi saya, pemain-pemain Negeri Sembilan FC dilihat tidak menunjukkan prestasi baik seperti dua perlawanan sebelum ini.
"Apa pun bagi saya, satu mata adalah jauh lebih baik daripada kita pulang dengan tangan kosong,” katanya.