Mohd Farizal stabil selepas insiden mencemaskan

Iklan
Mohd Farizal terpaksa diusung keluar setelah pengsan akibat bertembung bersama pemain pertahanan JDT, Shane Thomas Lowry pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam Ahad. - Foto Bernama

KETUA pasukan dan penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias berada dalam keadaan stabil berikutan kecederaan dialami dalam insiden mencemaskan pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam Ahad.

Bagaimanapun, Mohd Farizal yang juga penjaga gawang nombor satu skuad kebangsaan akan kekal dalam pemerhatian, selain perlu menjalani beberapa ujian perubatan di hospital, menurut hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Mohd Farizal di hospital.

Kecederaan dialami Mohd Farizal berikutan pelanggaran dengan rakan sepasukan Shane Lowry ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang pemain tengah TFC, Muhammad Syafik Ismail pada minit ke-61.

Iklan

Mohd Farizal yang seakan tidak sedarkan diri terpaksa diusung keluar dan penjaga gol simpanan, Muhammad Haziq Nadzli dibawa masuk bagi menggantikannya.

Skuad Harimau Selatan menang 2-1 pada pertembungan itu hasil dua gol tandukan penyerang sensasi Bergson da Silva yang menafikan gol penyamaan Kpah Sherman sekali gus membantu pasukan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan untuk menerajui takhta liga. - Bernama

Iklan