Real Madrid bakal turunkan kesebelasan terkuat

Iklan
Sebahagian pemain Aston Villa ternyata kecewa dengan kekalahan berkenaan.

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan skuad Los Blancos semakin hampir untuk menurunkan kesebelasan terkuat pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara berdepan Chelsea di Santiago Bernabeu pada Rabu.

Malah menurut Ancelotti, dia sengaja tidak menurunkan sebahagian besar pemain utama pada aksi La Liga berdepan Getafe pada Ahad kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko.

Iklan
Iklan

"Kita semakin hampir untuk memiliki kesebelasan pemain terbaik menjelang aksi berdepan Chelsea nanti.

"Apa pun setakat ini, kita cuma kehilangan dua pemain utama yang masih belum pulih daripada kecederaan bagi berdepan Chelsea,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, aksi suku akhir pertama di Stamford Bridge 7 April lalu menyaksikan Real Madrid menang 3-1 dan sekali gus membawa bekalan selesa bagi aksi suku akhir kedua kelak.

Untuk rekod, pada aksi berdepan Getafe, Real Madrid tidak menurunkan pemain-pemain seperti Toni Kroos, Luka Modric, Dani Carvajal dan Ferland Mendy.

Iklan

Sementara itu, menurut Ancelotti, kesemua pemain dilaporkan cergas dan bersedia untuk beraksi berdepan Chelsea.

Namun katanya, pemain juga perlu berwaspada dan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah pada aksi suku akhir kedua, berkenaan.

"Semua pemain perlu berwaspada di sepanjang perlawanan selain cuba tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah kerana ia boleh memberikan masalah kepada pasukan,” katanya.