Pengadil ISTAF, ASTAF di bawah MSC berkuat kuasa serta-merta

Iklan
Abdul Halim menyampai diploma penghargaan Sukan SEA kepada Fadzil.

SERAMAI 31 pengadil Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) yang sebelum ini bernaung di bawah Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), kini secara automatik bersama Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) berkuat kuasa serta-merta selepas entiti baharu itu diterima sebagai ahli gabungan kedua-dua badan tersebut.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halem Kadir ketika mengesahkan perkara itu berkata, 31 pengadil yang memiliki lesen pengadilan ISTAF dan ASTAF itu tidak lagi bernaung di bawah PSM selepas badan induk tersebut bukan lagi ahli gabungan kedua-dua badan tersebut.

Iklan
Iklan

Namun tegasnya, ISTAF dan ASTAF memberi peluang kepada pengadil terlibat membuat pilihan sama ada mahu bernaung di bawah MSC atau sebaliknya kerana sebarang urusan pengadilan melibatkan mereka selepas ini hanya akan dirujuk terus kepada MSC sahaja.

"ISTAF dan ASTAF menghargai dan menyanjung tinggi penglibatan serta komitmen 31 pengadil terlibat yang menunjukkan prestasi terbaik serta cemerlang di sepanjang penganjuran Sukan Asia, Sukan Sea dan pelbagai kejohanan anjuran ISTAF dan ASTAF sebelum ini.

Iklan

"Bagaimanapun ISTAF dan ASTAF juga membuat keputusan sekiranya pengadil terlibat tidak bersedia bernaung di bawah MSC, maka mereka dengan sendirinya terputus hubungan sebagai pengadil bertaraf ISTAF dan ASTAF atau dengan kata lain mereka perlu bersara dari arena pengadilan secara pilihan sendiri.

"Di sini, ISTAF dan ASTAF menasihati semua pengadil terlibat supaya dapat membuat pilihan bijak sekiranya ingin meneruskan karier masing-masing sebagai pengadil sepak takraw antarabangsa," katanya pada Selasa.

Iklan

Untuk rekod, terdapat seramai 31 pengadil sepak takraw bertaraf ISTAF dan ASTAF iaitu Fadzil Hashim; Zukkefli Baharuddin; Mohd Zubir Muhamad Shari; Zulkefli Zainal Abidin; Ahmad Rashid Abdul Rashid; Tengku Shahril Tengku Dahlan; Abdul Gani Zainon; Baharuddin Bakar; Mohd Fozi Tajuddin; Ismail Md Ali; Ghazali Marali dan Rohaizad Ismail.

Turut tersenarai ialah Radzuan Bakar; Mohd Suhaimi Awang; Ab Kadir Noh; Mohd Zamri Abdul Razak; Rozikin Md Din; Muhammad Ariffin Ahmad Rahim; Bahtiar Junaidi, Mohd Fitri Basiran; Nordin Yaacob; Mohd Amar Asyraf Abd Rashid; Abdul Rahman Ramli; Farah Wahidah Abd Wahid; Aminnunnajah Yunos; Salawati Muhammad Jafar; Khairul Nizam Amir; Amirul Izani Ghozali; Che Mohd Aziz Yaacob dan Muhd Kamel Faizul Mohamad.

Sementara itu Abdul Halim berkata, setakat ini hanya Fadzil Hashim yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Malaysia menyuarakan hasrat untuk menarik diri selaku pengadil ASTAF dan ISTAF.

Menurut Abdul Halim, surat penarikan diri daripada Fadzil itu telah pun diterima pada awal pagi Isnin.

"Saya maklumkan bahawa ASTAF dan ISTAF telah menerima surat daripada Fadzil yang menyatakan beliau menarik diri daripada menjadi pengadil awal pagi tadi (Isnin).

"Secara keseluruhannya, kita menghargai sumbangan beliau selama dua dekad selakuk pengadil ASTAF dan ISTAF.

"Lagi pun, usianya sudah menghampiri 60 tahun dan sememangnya dia harus bersara," katanya.