Rusia peruntukkan AS$ 4.8 juta hasilkan ubat baharu anti-Covid-19

Iklan
Saintis Rusia akan membangunkan MIR-19 ubat bagi anti-Covid-19.

VLADIVOSTOK - Kerajaan Rusia akan memperuntukkan 387 juta rubel (AS$ 4.8 juta) bagi menghasilkan MIR-19, ubat anti-Covid 19 yang dibangunkan saintis Rusia.

Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin menandatangani dekri peruntukan dana itu, lapor Xinhua memetik kenyataan kabinet pada Ahad.

Iklan
Iklan

Dana itu akan disalurkan kepada Institut Imunologi Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan untuk menaik taraf sistem dan membeli peralatan yang diperlukan.

MIR-19 didaftarkan Kementerian Kesihatan Rusia pada 22 Disember 2021 sebagai ubat yang mencegah dan merawat jangkitan Covid-19 melalui pulmonary atau intranasal administration.

Iklan

Ia dapat menghentikan virus menjadi berganda dan menghalang jangkitan semakin teruk, serta pneumonitis dan sindrom pernafasan akut. -Bernama

Iklan