1,800 al-Quran diagihkan kepada 10 hotel di Kelantan

Iklan
Md Anizam

KOTA BHARU - Sebanyak 1,500 naskhah al-Quran yang mempunyai terjemahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin disumbangkan oleh Kedutaan Arab Saudi kepada 10 hotel di Kelantan.

Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, selain itu sebanyak 300 naskhah lagi turut disumbangkan oleh kerajaan negeri sejajar dengan dasar Membangun bersama Islam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah unit al-Quran yang bakal diterima oleh setiap hotel bergantung kepada kapasiti bilik yang dimiliki.

"Di Kelantan ada kira-kira 5,000 bilik hotel termasuk hotel bajet dan berharap kesemua bilik dapat ditempatkan al-Quran.

Iklan

"Bagi sumbangan kali ini terserah kepada pihak hotel sama ada mahu meletakkannya di dalam bilik penginapan ataupun di lobi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan naskhah al-Quran kepada premis penginapan pelancongan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim pada Isnin.

Hadir sama wakil Kedutaan Arab Saudi, Abdul Rahman Ibrahim Alrobian, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Ibrahim Idris.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara hotel yang bakal menerima naskhah al-Quran tersebut termasuklah Hotel Perdana, Hotel Jewel, Hotel Grand Renai, Grand Riverview, Holiday Villa, D'Viana dan H-Elite.

"Sesuai dengan dasar kerajaan negeri Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam, kami mengharapkan agar program seumpama ini dapat sentiasa diteruskan pada masa hadapan," katanya. - Bernama