ADUN Bukit Melawati tawar diri calon Timbalan Ketua Wanita PKR

Iklan
Juwairiya

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengumumkan pencalonan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu.

Juwairiya berkata, keputusan untuk bertanding jawatan itu dibuat bagi menguatkan parti itu pada masa depan.

Iklan
Iklan

"Pemilihan ini adalah usaha terbesar untuk memperkukuhkan kembali kekuatan parti dengan muka-muka pelapis atau generasi baru untuk menerajui kepimpinan wanita pusat PKR bagi menghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook pada Isnin.

Katanya, selain beliau, jawatan itu turut ditandingi Siti Aishah Shaik Ismail dan Datin Sabrina Ahmad.

Iklan
Iklan