Perlis, Kedah catat peningkatan kutipan sisa domestik pada Ramadan

Iklan
Kadar kutipan sisa domestik pada minggu pertama Ramadan di Perlis dan Kedah dilihat meningkat dengan ketara berbanding minggu pertama bulan lepas. - Foto Bernama

PADANG BESAR - Kadar kutipan sisa domestik pada minggu pertama Ramadan di Perlis dan Kedah dilihat meningkat dengan ketara berbanding minggu pertama bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd (EISB) Zaki Abdul Aziz Daud berkata, jumlah kutipan sisa domestik di kedua negeri itu meningkat kepada 1,093 tan berbanding 959.27 tan bagi minggu pertama bulan Mac 2022.

Iklan
Iklan

"Kita memahami keterujaan orang ramai menyambut bulan Ramadan, namun adalah lebih baik sekiranya kita dapat membawa bekas sendiri daripada rumah ke bazar untuk membeli makanan, bagi mengurangkan penggunaan plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis ‘Ramadan Kita’ E-Idaman Sdn Bhd dengan kerjasama Mydin Malaysia di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Batu Bertangkup di sini, pada Isnin.

Iklan

Seramai 17 orang warga emas daripada Pusat Jagaan Baitul Hanan dan Pusat Jagaan Batu Bertangkup telah menerima kelengkapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam majlis malam ini, antara yang disumbangkan ialah kuih raya, pakaian raya serta duit raya RM100 daripada EISB dengan kerjasama Mydin Malaysia. - Bernama

Iklan