KUCHING City FC melakar kemenangan pertama dalam perlawanan sulung Liga Premier pada musim ini selepas menumbangkan Kelantan FC 2-1 di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi
Pada perlawanan tersebut, anak buah Irfan Bakti membuka tirai jaringan melalui penyerang import mereka, Abu Kamara yang terhasil daripada sepakan penjuru Mihamad Alif Hassan pada minit ke-25.
Iklan
Iklan
Tersentak dengan gol tersebut, Kelantan cuba memperbaiki permainan dan ia nyata membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan kapten, Muhammad Yusri pada minit ke-31 sekali gus kedudukan 1-1 kekal hingga tamat wisel separuh masa kedua.
Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun tiada sebarang jaringan terhasil sehinggalah pada minit ke-67, apabila tonggak serangan Kuching, Shafizi Ikmal menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya.
Kemenangan itu menyaksikan Kuching kini berada di kedudukan kelima Liga Premier dibezakan enam mata dengan pendahulu liga, Kelantan dengan berkelebihan tiga perlawanan